Monday 26 December 2016

Tak Perlu Pakaikan Bayi Sarung Tangan Lama Sangat. Tak Bagus Untuk Perkembangannya!

Doktor pakar pediatrik dari Hospital Asia Colombia mengatakna bahawa, pemakaian sarung tangan sebenarnya boleh mempengaruhi perkembangan si anak. Antara sebabnya ialah :)

1. Tangan bayi sentiasa menggenggam
===============================
Perasan tak bila sesekali anda membuka sarung tangan bayi mesti keadaan tangannya sentiasa menggenggam sahaja kan? Jika kita menanggalkan sarung tangan seawal yang boleh, tangan anak akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.



2. Bayi tak akan meneroka dunia sekelilingnya
=====================================
Kalau tangan bayi sentiasa berada dalam sarung tangan dan terus menggenggam tangannya, dia tidak akan dapat meneroka apa yang ada di sekelilingnya dan otaknya juga tidak akan terangsang.

Kita yang bergelar ibu sudah diajar oleh orang tua-tua supaya sentiasa memakaikan bayi sarung tangan supaya tidak tercakar mukanya sendiri, tangan anak tidak sejuk atau terkena sawan daki di celah-celah jari bayi.

Sebenarnya dengan tidak memakaikan bayi anda sarung tangan, ia menjadi pelajaran pertama baginya. Memang awalnya anak akan berisiko tercakar mukanya sendiri dan akan menyebabkan luka sedikit, tetapi selepas itu dia belajar kalau terkena kuku, akan rasa sakit. Jadi si kecil akan berhenti mencakar muka dan mula menggosok muka menggunakan belakang tapak tangan.

Untuk mengelakkan bayi daripada mencakar mukanya sendiri, ibu mestilah rajin memotong kuku bayi supaya ia sentiasa pendek. Kebanyakan ibu tak pernah memotong kuku bayi mereka dengan alasan takut kerana kuku anak terlalu halus dan nipis.

Bahkan alasan sawan daki di celah jari bayi juga dapat dielakkan daripada berlaku apabila tidak dipakaikan sarung tangan.

Sebaiknya ibu boleh mula menanggalkan dan menghentikan pemakaian sarung tangan seawal bayi berusia sebulan supaya dia dapat mula belajar banyak perkara menggunakan tangannya.

Misalnya, bayi yang minum susu menggunakan botol, boleh mula diajar memegang botol sendiri (dengan pantauan ibu) sementara yang menyusu susu ibu, boleh diajar menyentuh kulit ibu dan proses ini dinamakan bonding.

Banyak kelebihan yang akan diperoleh oleh bayi anda bila dia mula meneroka dunia sekeliling menggunakan jari tangannya termasuk perkembangan skil motor, kinestetik dan segala kemahiran menggunakan tangan.

Jadi, kenapa perlu halang jari jemari anak kita dan tangannya daripada meneroka segala yang ada di sekelilingnya jika ia baik untuk perkembangan mereka?

Tak perlu membazir duit membeli banyak sarung tangan bayi anda. Biarkan jari mereka meneroka dunia ini.

Sumber: Facebook Nor Farahdilah Furmon

#LittleLadyCrafts

Tuesday 13 December 2016

TIPS ATASI KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL


TIPS ATASI KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL
.
.
Anda alami bengkak kaki masa hamil? Tak tau nak wat cmne? Di sini Kak Bie nk share tips yg sis boleh try:-
.
.
1. TINGGIKAN KEDUDUKAN KAKI - ia bantu lancarkan peredaran darah. Klo anda kat di tempat kerja, letakkan bangku kecil/kotak bwh meja..So, anda boleh letak kaki di atasnya. Klo kat rumah, cuba baring mengiring ke kiri, ia boleh kurangkan tekanan pada bahagian bawah.
.
.
2. ELAK DDK/DIRI TERLALU LAMA - Ambil masa rehat. Jangan silangkan kaki semasa duduk.
.
.
3. RAJINKAN EXERCISE -Cth.: berjalan, berenang atau dengan menggunakan basikal senaman. Elakkan drp. buat senaman berat.
.
.
5. BERHENTI DGN KERAP JIKA BERJALAN JAUH - Elakkan berada dlm kenderaan dlm jgka waktu yg pjg.
.
.
6. URUT BUKU LALI & TAPAK KAKI - Urutan hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar drp. tapak kaki.
.
.
7. BERENANG & BJLN DLM AIR - Daya apungan dari air akan mengangkat bayi dan membolehkan ia mengatur peredaran darah secara normal. Atau berendam di dalam tab mandi dengan gunakan air suam.
.
.
8. ELAKKAN GUNA KASUT TINGGI - Ia boleh menyekat peredaran darah di kaki anda.
.
.
9. MAKANAN SEIMBANG - Kurangkan garam dan amalkn makanan yg seimbang dan sihat.
.
.
10. RENDAM KAKI DLM AIR SEJUK - Utk merehatkan kaki anda.
.
.
11. MINUM AIR SECUKUPNYA - Bantu untuk kurangkan pengumpulan air di bawah di kawasan kaki.
.
.
SELAMAT MENCUBA!


Thursday 8 December 2016

BANTAL



PERSONALIZED PILLOW
aka bantal bucuk

Apa yang korang perlu tau pasal bantal nih?

1. bersize 15x15"
2. isian fiber (so, bantal ni blh masuk terus dalam mesin basuh. mudah keje mommies yg bz amat tuh)
3. boleh pilih nak sulam katun apa
4. tak dek sarung sebab Ina dh jahit terus, macam bantal yang jual kat kedai tuh 
5. 100% cotton 

CAMNE NAK ORDER

WASAP INA
0129612791

#LittleLadyCrafts